Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
2 posters
Page 1 of 1
Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
Dimana kah semangat kejiranan dan sikap baik seorang manusia?
Kita menuntut:
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh
jirannya sendiri, hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang
menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di
hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, itu mati di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu
besbol dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi.
Beliau berkata, kejadian itu bermula dengan perbalahan Chung Sin
dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga membuatkan jirannya yang
bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke dalam rumah dan mengambil kayu
besbol.
"Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu
kerana membuang sampah di hadapan rumahnya, namun suspek terus berang
dan memarahi Chung Sin,” katanya kepada pemberita di Dataran Makmal
Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.
"Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek
kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan
memukul Chung Sin hingga dia cedera parah,” tambahnya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan seorang suspek
bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini
bagi membantu siasatan. – Bernama
Kita menuntut:
- semangat setiakawan
- semangat kejiranan
- toleransi
- tolong-menolong
- perbincangan
- sifat rendah diri
- menghormati orang lebih tua
- 1 Malaysia
- budaya samseng
- sombong/bongkak
- pentingkan diri sendiri
- perkauman
Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
ho..ho sampai begitu sekali ye. conform x semangat kejiranan
lilo- Baru Naik
-
Number of posts : 10
Active Level :
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Sun Nov 18, 2018 3:04 am by tanakwagu
» Apa itu Blockchain
Sun Oct 28, 2018 5:58 pm by tanakwagu
» wireless microphone for android
Tue Jun 06, 2017 5:24 am by tanakwagu
» Free Download Novel Boysitter Pdf Free
Tue Jun 06, 2017 5:08 am by tanakwagu
» sewa booth rm60 sehari wisma tun fuad
Tue Sep 22, 2015 9:05 am by tanakwagu
» Kursus Sijil Kemahiran Malaysia SKM
Mon Apr 13, 2015 9:29 pm by sapat
» Buaya kelihatan di kg likas jambatan yayasan sabah
Sat Oct 26, 2013 2:39 pm by madu3
» terowong kk-penampang-keninagau
Mon Oct 14, 2013 10:41 am by madu3
» kepada sesiapa yg berminat membeli benih ikan tilapia merah
Sat Sep 21, 2013 12:40 pm by tanakwagu