Seteguh Kinabalu. As strong as Mount Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tip pemasaran di facebook.com

Go down

tip pemasaran di facebook.com Empty tip pemasaran di facebook.com

Post by exinco Wed Sep 15, 2010 8:16 pm

disertakan disini adalah tip pemasaran daripada flarebiz network yang dikirim kepada mailing list mereka.

tajuk asal ialah 5 Kesilapan BESAR Pemasaran Facebook!

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Hai exinco, Labanon di sini. Selamat kembali bertugas saya ingin
ucapkan kepada anda. Semoga lebih bersemangat setelah dapat beraya
bersama orang yang tersayang.

Saya pasti anda pernah mendengar ataupun mencuba pemasaran melalui
Facebook.

Namun adakah anda sedar bahawa ramai yang telah melakukan kesilapan
dalam melakukan teknik pemasaran tersebut?

Ya, saya sendiri juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Hari
ini saya akan kongsikan 5 perkara yang tidak patut anda lakukan di
dalam pemasaran melalui Facebook.

Kesilapan #1 - Biasanya kita akan berbicara sesuatu yang diluar
industri kita. Sebagai contoh kita nak menjual barangan kereta di
Facebook tetapi sentiasa update status mengenai cinta. Pasti anda
gagal menjual.

Ada juga individu yang melihat orang lain update status mengenai
motivasi dan mendapat respon yang baik, kemudian dia cuba meniru
dengan update status motivasi kehidupan tetapi dia nak jual
barangan sukan. Silap besar!

Updatelah status Facebook yang relevan dengan produk/servis yang
hendak anda tawarkan.

Kesilapan #2 - Mencampur adukkan di antara personal dan juga
perniagaan. Saya juga melakukan kesilapan ini dengan mencampurkan
kehidupan peribadi dengan perniagaan. Kesan jangka masa panjang
agak huru-hara!

Jadi, sila buat satu Fan page ataupun group khas untuk perniagaan
anda agar kelihatan lebih professional. Saya baru buat satu page
baru khas untuk berbicara mengenai perniagaan:

=> www.Facebook.com/labanon

exinco, boleh tekan like untuk kita terus berhubung di laman
sosial. :-)

Kesilapan #3 - Terlalu sangat menjual! Sejam sekali asyik promote
barangan yang nak di jual. Ini pun satu kesilapan besar. Nasihat
saya adalah anda boleh gunakan hukum 80/20.

Iaitu update 4 status yang member manafaat, barulah disertakan 1
status yang mempromosi.

Anda sepatutnya update status yang memberi manafaat besar BERKAITAN
industri anda. Contoh anda nak jual kereta, mungkin boleh berikan
informasi dengan model baru yang akan dikeluarkan, sertakan sekali
gambar kereta tersebut, link ke web yang berguna dan sebagainya.

Kesilapan #4 - Kualiti adalah sesuatu sangat penting di dalam
perniagaan. Ramai usahawan buat kesilapan dengan update status yang
'kosong' ataupun tidak memberi sebarang input.

Ini akan memberi tanggapan negatif kepada pengikut anda. Ambil masa
untuk fikir terlebih dahulu sebelum anda update status.

Kesilapan #5 - Mempromosi tanpa ingat dunia! Jangan terlalu
mempromosi sehinggakan mengabaikan pengikut ataupun kawan-kawan
anda. Luangkan juga masa untuk bersosial dengan mereka, menyapa
mereka secara online, komen status mereka dan sebagainya.

Mereka akan lebih dekat dengan anda andaikata anda juga memberikan
perhatian kepada mereka. Jangan hanya sebarkan mesej pemasaran
kepada mereka, tetapi berikan juga mereka perhatian. Ingat, untuk
menjual di Facebook, perlukan teknik soft-selling.

Itu sahaja exinco untuk email kali ini. Semoga perkongsian saya
kepada anda kali ini sedikit sebanyak membantu anda untuk melakukan
pemasaran melalui Facebook.

Jumpa lagi!

Adly a.k.a Labanon,
Co-Founder Flarebiz Network.
selamat maju jaya

exinco
Baru Naik
Baru Naik

Male
Number of posts : 18
Active Level :
tip pemasaran di facebook.com Left_bar_bleue20 / 10020 / 100tip pemasaran di facebook.com Right_bar_bleue


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum