Wanita dari Sabah ditipu melalui internet

View previous topic View next topic Go down

Wanita dari Sabah ditipu melalui internet

Post by sapat on Thu Jun 03, 2010 1:39 pm

sudah beratus-ratus amaran dan perkongsian disiarkan mengenai penipuan melalui laman sembang internet tetapi masih ada yang terlepas pandang akan hal ini.

tidak kurang juga penipuan menggunakan email.

berikut adalah petikan dari utusan online.
Wanita rugi RM1.2 juta ditipu kenalan Internet


KUALA LUMPUR 3 Jun - Walaupun kerap kali didedahkan tentang penipuan
kenalan laman sembang di Internet, namun kegiatan tersebut masih terus
berlaku.
Kali ini, seorang suri rumah dari Sabah kerugian RM1.2 juta akibat
diperdaya kenalan Internetnya, menggunakan nama Jeff Brian Manik yang
tidak pernah ditemuinya.
Segala-galanya bermula pada tahun lalu apabila mangsa, Lee, 47,
didatangi lelaki tersebut yang memperkenalkan diri dan ingin berkenalan
dengannya.
Menurut Lee, Jeff, warga British berusia 30-an, bekerja sebagai
seorang jurutera berdasarkan gambar dan maklumat peribadi di dalam
profilnya.
Lee memberitahu, dia dan Jeff bagaimanapun jarang berhubung kerana
masing-masing tidak aktif dalam laman itu dan hanya mula menjadi akrab
sejak dua bulan lalu.
Pada 7 April lalu, dalam perbualan telefon, Jeff menyatakan hasrat
untuk menghadiahkannya bungkusan hadiah bernilai 21,400 pound sterling
(RM102,738) mengandungi barangan mewah dan berjenama.
"Antaranya iPhone 3GS, beg tangan Louis Vuitton, komputer riba
Compaq, jam tangan Roberto Cavalli dan lima barangan lain.
"Saya tidak mahu menerimanya tetapi dia berkeras ingin memberi
menerusi khidmat penghantaran bungkusan," katanya pada sidang akhbar di
Wisma MCA di sini hari ini.
Menurut Lee, dia juga diberitahu bahawa bungkusan itu akan dihantar
oleh seorang wakil syarikat yang bernama Jennifer Smith.
Enam hari selepas itu, Jennifer menghubungi Lee dan memintanya
membuat pembayaran wang pendahuluan sebanyak RM16,500 sebagai yuran
pemprosesan sebelum boleh menuntutnya daripada kastam.
"Tanpa berfikir panjang, saya mendepositkan wang itu ke dalam dua
akaun tempatan pada esoknya, tetapi selepas menunggu selama beberapa
hari, bungkusan itu tidak sampai," katanya.
Kira-kira seminggu selepas itu, katanya, Jeff menghubunginya lagi dan
memohon maaf kerana bungkusan tersebut tidak dapat diterima.
"Dia berjanji akan menggantikan dengan hadiah yang lebih besar. Kali
ini, Jeff ingin memindahkan dana 2.5 juta pound sterling (RM12 juta) ke
dalam akaun saya.
"Alasannya wang itu ingin digunakan untuk pelaburan di Malaysia. Jeff
berbudi pekerti tinggi, sopan santun dan pandai mengambil hati saya
sehingga saya begitu mudah memaafkannya.
"Dia turut menyatakan hasrat untuk melawat Sabah dan bertemu dengan
saya apabila selesai kerjanya kelak, justeru sejumlah besar wang itu
dipindahkan ke dalam akaun saya dahulu," jelasnya.
Meskipun merasakan seperti tidak masuk akal, namun Lee berkata, dia
diyakinkan dengan kedatangan seorang rakan Jeff yang dikenali sebagai
David Brown ke Kuala Lumpur.
Katanya, dia yang ditemani kakaknya datang ke ibu negara untuk
bertemu David di salah sebuah hotel dan kemudian ditunjukkan sebuah beg
berisi wang kertas pound sterling.
"David meminta saya membuat pembayaran sebanyak RM200,000 sebelum
wang itu boleh dimasukkan ke dalam akaun saya.
"Lebih menyakinkan apabila saya diberikan sekeping sijil pemilikan
wang tunai 2.5 juta pound sterling yang diletakkan atas nama saya,"
katanya.
Lee berkata, dia membuat pembayaran itu seperti diarahkan David ke
dalam beberapa akaun bank milik rakyat tempatan di antara 27 dan 5 Mei
lalu.
"Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan daripada seorang lelaki
bernama Martin Williams yang mendakwa ejen Jeff dan memaklumkan bahawa
saya perlu membuat bayaran RM1 juta.
"Ia adalah untuk cukai 10 peratus bagi meluluskan pemindahan dana
tersebut. Dengan niat untuk membantu Jeff, saya mengeluarkan simpanan.
"Saya juga meminjam daripada kakak untuk membuat pembayaran itu
dengan rela hati," tambahnya.
Lee berkata, akhirnya dia tersedar bahawa dirinya telah ditipu, namun
segala-galanya sudah terlewat kerana wang sebanyak RM1.2 juta miliknya
itu telah lesap dalam tempoh kurang daripada dua bulan.
Berikutan itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Karamunsing
pada 30 Mei lalu, sebelum mengadu di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan
Awam MCA awal minggu ini.

alahai berjuta tu.....


Last edited by sapat on Thu Jun 03, 2010 1:42 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : ejaan)

sapat
Wusak
Wusak

Male
Number of posts : 41
Active Level :
0 / 1000 / 100


Back to top Go down

Re: Wanita dari Sabah ditipu melalui internet

Post by mouse_rat on Sun Jul 11, 2010 10:04 am

kasihan la dia ni, tp siapa suruh nda selidik betul2. si penipu ni pun memang licik dan licin Sad

mouse_rat
Linsou
Linsou

Number of posts : 8
Active Level :
0 / 1000 / 100


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum