Seteguh Kinabalu. As strong as Mount Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelaburan skim cepat kaya

Go down

Pelaburan skim cepat kaya Empty Pelaburan skim cepat kaya

Post by sapat Mon May 03, 2010 9:41 pm

senarai syarikat yang menjalankan pelaburan skim cepat kaya

Pelaburan skim cepat kaya Skimm10

Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya


KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih
RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' dengan
menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara
sejak tahun lalu.


Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan
Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan
kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit
tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta
Pencegahan Pengubahan Wang Haram.


Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka
yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke
mahkamah.


Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel
& Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm
Industries Sdn Bhd.


Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap
mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan
bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan.


“Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam
akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah
itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan.
“Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan
atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali
skim itu,” katanya kepada Berita Harian.


Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa
menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang
sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya
mengambil masa agak lama.


“Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan
penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta
bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya.


Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa
seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis,
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
(KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang
sedia ada.


“Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa
mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit
dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi
di luar jangkaan,” katanya.


Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang
syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama
ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau
BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465.


Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan
kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan
Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

-bharian online


Last edited by sapat on Mon May 03, 2010 9:43 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : removed error tags)

sapat
Wusak
Wusak

Male
Number of posts : 41
Active Level :
Pelaburan skim cepat kaya Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Pelaburan skim cepat kaya Right_bar_bleue


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum