Jarak Pagar @ Jatropha Curcas
3 posters
Page 1 of 1
Jarak Pagar @ Jatropha Curcas
Siapa pernah dengar nama ni? Saya pasti kamu pernah dengar dan pernah melihat malah pernah menanamnya kan?
Mengikut pengalaman saya pokok ni ditanam untuk dijadikan pagar (rumah,kebun,kandang babi dsb). Masa kecil-kecil dulu kami gunakan pokok ni sebagai pedang bersarung, maklumlah zaman kanak-kanak lawan pedang guna pokok ni.
Siapa sangka sekarang ini telah jadi bahan komersil. Menjadi alternative kepada minyak kereta.
Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam penanaman pokok jarak ini, ada sedikit info dari boinas.com.my seperti berikut.
Welcome to agriculture business.

01.Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
02.Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia;
03.Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil;
04.Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan;
05.Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
06.Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel;
07.Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
08.Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian;
09.Hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun; dan
10.Jaminan beli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.
Welcome to agriculture business.
Re: Jarak Pagar @ Jatropha Curcas
------------------------------------------------------Admin wrote:Siapa pernah dengar nama ni? Saya pasti kamu pernah dengar dan pernah melihat malah pernah menanamnya kan?
Mengikut pengalaman saya pokok ni ditanam untuk dijadikan pagar (rumah,kebun,kandang babi dsb). Masa kecil-kecil dulu kami gunakan pokok ni sebagai pedang bersarung, maklumlah zaman kanak-kanak lawan pedang guna pokok ni.
Siapa sangka sekarang ini telah jadi bahan komersil. Menjadi alternative kepada minyak kereta.
Sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam penanaman pokok jarak ini, ada sedikit info dari boinas.com.my seperti berikut.01.Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
02.Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia;
03.Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil;
04.Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan;
05.Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
06.Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel;
07.Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
08.Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 hingga RM 4.50 di tapak semaian;
09.Hasil pengeluaran dalam masa 2 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 2 tahun; dan
10.Jaminan beli balik biji buah Jarak (kering) ialah RM 0.85 sekilo bersamaan RM 850 se-tan oleh Bionas selama 30 tahun.
Welcome to agriculture business.
Kandungan dalam keratan akhbar di atas
Utusan Malaysia , 05 December 2007
KOTA BHARU 5 Dis. – Biji pokok jarak pagar atau Jatropha Curcas Linn, yang pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk pesawat Jepun pada zaman Perang Dunia Kedua, didapati berpotensi untuk dikomersialkan sebagai bahan biodiesel dan biopetrol yang lebih mesra alam.
Pokok jarak pagar, tumbuhan yang biasanya digunakan dalam perubatan tradisional bagi menjarakkan kekerapan kelahiran bayi, juga ditanam sebagai hiasan pagar rumah.
Penolong Pengarah Latihan Lembaga Tembakau Negara Farini Halim berkata, jarak pagar dibawa masuk ke Malaysia pada zaman pemerintahan Portugis pada 1511 dari kepulauan Caribbean dan pernah digunakan sebagai bahan bakar untuk kapal terbang semasa penaklukan Jepun di negara ini antara 1940 dan 1945.
“Walaupun penemuan kegunaannya sudah lama tetapi ia masih belum diperluaskan di negara kita, sedangkan bagi negara maju, mereka telah menggunakan biji jarak pagar yang telah diproses untuk dicampurkan dengan petrol sebanyak lima peratus,” katanya.
Farini berkata, berdasarkan penggunaannya itu yang boleh mengurangkan pengeluaran asap dan menurunkan kandungan karbon monoksida untuk kenderaan, maka LTN kini memperkenalkan tanaman itu di Rhu Tapai, Terengganu dan di Pasir Puteh, Kelantan.
Beliau berkata, pokok jarak pagar ditanam di sekeliling kawasan tanaman tembakau yang membentuk seperti pagar dan ianya menjadi tanaman integrasi kepada penanam-penanam tembakau.
Projek perintis tanaman itu dimulakan pada Oktober 2006. Sebanyak 3,000 pokok itu ditanam di Kampung Air serta 1,000 pokok lagi di Pusat Latihan Tembakau di daerah Pasir Puteh selain 3,000 pokok di Terengganu.
“Banyak kelebihan pokok jarak pagar ini. Ianya mampu hidup selama 25 tahun, penjagaannya mudah, boleh ditanam di kawasan kurang subur seperti kawasan lombong dan batu kapur, dan berbuah sepanjang tahun tanpa ada musim dan bersesuaian dengan cuaca panas dan kawasan kurang air.
Ketinggian pokok itu hanya tiga meter. Ianya memerlukan tujuh bulan untuk pokok menjadi matang serta menghasilkan buah, yang bijinya diproses sebagai bahan api.
Farini berkata, bahawa bilangan pokok itu akan ditambah menjadi 20,000 tahun depan dan 100,000 menjelang 2010.
Beliau berkata, satu hektar tanah boleh ditanam 2,500 pokok manakala setiap sekilogram biji jarak pagar boleh menghasilkan 330 mililiter minyak sebagai bahan api.
Selain bahan bakar, biji jarak pagar juga boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan.
“Jika kita benar-benar komersialkan tanaman pokok ini, ianya mungkin menjadi satu alternatif bahan api dan petrol untuk kenderaan, dan membantu kerajaan mengurangkan tanggungan subsidi minyak,” kata Farini.
Re: Jarak Pagar @ Jatropha Curcas
wah boleh jadi jutawan ni.
exinco- Baru Naik
-
Number of posts : 18
Active Level :
Re: Jarak Pagar @ Jatropha Curcas
ok kepada yang berminat untuk menanam pokok jarak, saya telaah mendapaat satu info bahawa ada peniaga yang ingin menjual bibit pokok jarak ini.
info ini saya perolehi melalui media massa. so kamu boleh cuba menghubungi seperti nombor yang dinyatakan oleh si pengiklan.
0143594900
tiada nama yang diberikan.
info ini saya perolehi melalui media massa. so kamu boleh cuba menghubungi seperti nombor yang dinyatakan oleh si pengiklan.
0143594900
tiada nama yang diberikan.
tanakwagu- Guas Kinabalu
- Number of posts : 134
Active Level :
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|
Sun Nov 18, 2018 3:04 am by tanakwagu
» Apa itu Blockchain
Sun Oct 28, 2018 5:58 pm by tanakwagu
» wireless microphone for android
Tue Jun 06, 2017 5:24 am by tanakwagu
» Free Download Novel Boysitter Pdf Free
Tue Jun 06, 2017 5:08 am by tanakwagu
» sewa booth rm60 sehari wisma tun fuad
Tue Sep 22, 2015 9:05 am by tanakwagu
» Kursus Sijil Kemahiran Malaysia SKM
Mon Apr 13, 2015 9:29 pm by sapat
» Buaya kelihatan di kg likas jambatan yayasan sabah
Sat Oct 26, 2013 2:39 pm by madu3
» terowong kk-penampang-keninagau
Mon Oct 14, 2013 10:41 am by madu3
» kepada sesiapa yg berminat membeli benih ikan tilapia merah
Sat Sep 21, 2013 12:40 pm by tanakwagu