Bagaimana Mendidik Masyarakat

View previous topic View next topic Go down

Bagaimana Mendidik Masyarakat

Post by Admin on Wed Mar 26, 2008 6:08 am

Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi dan diikuti, demi untuk mengekalkan alam semulajadi, atau paling tidak me minimized kan kemusnahan
1. Bertanggungjawab
a) Pelajar bertanggungjawab untuk bersama-sama di
dalam penjagaan alam semulajadi
b) Memupuk generasi kita agar sentiasa prihatin dan
bertanggungjawab di dalam pengurusan hutan dan
menjagai alam sekitar dengan baik
c) Tidak merosakkan papan kenyataan di dalam hutan,
taman dan sebagainya

2. Bekerjasama
a) Dapat memupuk semangat bekerjasama sesama
sendiri dan seterusnya dapat menyelesaikan masalah
alam semulajadi dan alam sekitar dengan jayanya
b) Sikap bekerjasama seharusnya diserapkan di dalam
diri pelajar agar mereka bersungguh-sungguh
melakukan sesuatu kerja dengan teratur contohnya
aktiviti gotong royong di kawasan perkhemahan di
akhir program

3. Sikap Menghargai
a) Memupuk sikap menghargai hutan hasil daripada
khazanah yang unik di mana pelajar dapat
menikmatinya dan seterusnya menyedari akan
kepentingan alam semulajadi.
b) Menghargai pemberian Tuhan yang memberikan kita
peluang menikmati keindahan hutan yang hijau yang
tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
c) Menghargai hidupan di persekitaran kita.

4. Kasih Sayang
a) Mencintai hutan dan tidak memusnahkannya dengan
sewenang-wenangnya;
b) Melindungi alam semulajadi;
c) Menyayangi binatang, tumbuhan semulajadi;
d) Memelihara hutan dan persekitaran untuk
kesejahteraan hidup.
5. Menghormati
a) Menghormati alam semulajadi yang terdapat di bumi
ini;
b) Menghormati rakan dan orang lain (dengan menepati
masa yang ditetapkan)
6. Berani
a) Sanggup dan sedia untuk melakukan sebarang aktiviti
yang diberi
b) Tabah menghadapi cabaran-cabaran yang datang


Bagaimana untuk melaksanakan agenda yang telah ada

a) Pendidikan Sekolah (Kurikulum)
Para pelajar telah didedahkan tentang hutan hujan tanah
pamah secara tidak langsung melalui mata pelajaran
geografi, sains dan biologi. Antara matapelajaran yang
didedahkan adalah pengenalan kepada jenis hutan ini, flora
dan fauna dan sebagainya.
b) Unit Bergerak Jabatan Pendidikan dan Alam Sekitar
Para pelajar telah mendapat pengetahuan dan kefahaman
asas melalui usaha yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan,
Alam Sekitar dan agensi-agensi lain melalui paparan poster,
risalah-risalah atau buku bumi hujan yang sering dibekalkan
ke sekolah-sekolah tentang alam semulajadi.
c) Ko-kurikulum di peringkat Jabatan Pendidikan atau
Sekolah

Aktiviti-aktiviti berbentuk luaran melalui persatuan-persatuan
atau kelab-kelab memberi pendedahan secara langsung
mengenai alam semulajadi. Para pelajar yang mengikuti
kelab-kelab atau persatuan-persatuan akan didedahkan
aspek-aspek berkaitan hutan hujan tanah pamah, spesisspesis
dan masalah-masalahnya. Contoh persatuan atau
kelab adalah seperti Kelab Pencinta Alam, Kelab Kembara,
Kelab Sains dan Biologi.
d) Media masa
Peranan meluas oleh media masa dalam bentuk bercetak
atau melalui radio dan televisyen turut memberi sumbangan
besar terhadap kefahaman dan pengetahuan asas terhadap
hutan hujan tanah pamah. Pada peringkat ini, agensi-agensi
seperti Alam Sekitar, Taman Sabah dan Jabatan Hidupan Liar
sering menayangkan bahan-bahan berkaitan hutan hujan
tanah pamah di televisyen dan majalah.
e) Laman Web
Peranan internet menerusi laman web tentang alam
semulajadi pastinya memberi pengetahuan kepada pelajar
tentang hutan hujan tanah pamah. Pihak sekolah melaluipertubuhan Pencinta Alam perlu didedahkan dan
dimaklumkan terhadap wujudnya laman-laman web ini.
Dengan maklumat hutan hujan tanah pamah yang mudah
diperolehi ini akan memberi satu lakaran globalisasi kepada
semua masyarakat termasuklah para pelajar. Laman
berkaitan alam semulajadi boleh dikunjungi melalui
http://www.education.com atau melayar laman web
Jabatan Hidup Liar Sabah, di www.sabah.gov.my/jhl/
f) Promosi Sticker
Menerusi kempen kesedaran alam semulajadi, stiker
ditampal di kenderaan. Pemberian percuma stiker ini secara
tidak langsung memberi pendedahan awal para pelajar
terhadap hutan hujan tanah pamah.
g) Kerjasama Jabatan Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Alam Sekita
r
Menerusi kerjasama ini, para pendidik digesa untuk
memcerapkan pendidikan alam sekitar/semulajadi di dalam
semua mata pelajaran yang diajar di sekolah. Sebagai contoh
pelajaran Bahasa Melayu, apabila berbincang tentang
peribahasa, aktiviti yang boleh diadakan adalah untuk
menyenaraikan peribahasa-peribahasa yang mempunyai
unsur-unsur alam semulajadi. Contohnya “Bagai aur dengan
tebing” dan menerangkan maksudnya.

Semoga paparan ini dapat mengubah mindset kita terhadap alam semulajadi, yang terpenting ialah mendidik anak-anak diperingkat rendah, bak kata pepatah "Melentur Buluh Biar Dari Rebung"

Admin
Admin

Male
Number of posts : 109
Age : 43
Location : Sabah Malaysia
Active Level :
50 / 10050 / 100


http://nature.forummotion.com

Back to top Go down

Re: Bagaimana Mendidik Masyarakat

Post by tanakwagu on Sun Aug 24, 2008 2:58 am

persoalannya adakah semua orang akan patuh atau cuba untuk mengikuti apa yang digariskan?

tanakwagu
Guas Kinabalu
Guas Kinabalu

Number of posts : 130
Active Level :
55 / 10055 / 100


Back to top Go down

Re: Bagaimana Mendidik Masyarakat

Post by mamang on Thu Feb 12, 2009 4:23 pm

hamba rasa, semuanya bermula daripada rumah. kalau dari kecik ibubapa dah ajar anak2 mereka buat damage pada alam sekitar, nak tak nak dah jadi tabiat or habit.

mamang
Wusak
Wusak

Male
Number of posts : 81
Location : banting, selangor
Active Level :
35 / 10035 / 100


Back to top Go down

Re: Bagaimana Mendidik Masyarakat

Post by Sponsored content Today at 2:37 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum