Seteguh Kinabalu. As strong as Mount Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Strok Haba

Go down

Strok Haba Empty Strok Haba

Post by sapat Sat Jul 20, 2013 1:10 pm

Strok haba disebabkan oleh suhu persekitaran yang tinggi. Ketika pos ini ditulis,ada disiarkan di tv dan media cetak mengenai anak mati lemas dalam kereta disebabkan oleh kelalaian ibu meninggalkan anaknya selama 5 jam dalam kereta untuk menghadiri mesyuarat.
Kanak-kanak tersebut mati akibat terkena Strok Haba

Simptom strok haba
* Muka kemerah-merahan
* Tidak berpeluh
* Suhu badan meningkat ketara
* Sawan
* Sakit kepala
* Denyutan nadi pantas
* Tidak sedarkan diri
* Lesu
* Bingung
* Kulit kering.

Bagaimana anda merawat mangsa strok haba
* Mangsa strok haba mesti menerima rawatan segera untuk mengelakkan kerosakan organ kekal. Pertama sekali, menyejukkan mangsa.
Bawa atau alihkan mangsa ke kawasan yang redup, tanggalkan pakaian, sapukan air sejuk atau suam pada kulit.
* Kipas mangsa untuk menggalakkan peluh dan penyejatan. Letakkan pek ais tempat di bawah ketiak dan pangkal paha.
* Jika mangsa mampu untuk minum cecair, berikannya minuman, tetapi pastikan ia tidak mengandungi alkohol atau kafein.
* Pantau suhu badan dengan termometer dan teruskan usaha penyejukan sehingga suhu badan turun ke 38.3 hingga 38.8 darjah celcius.
* Jika keadaan tidak berubah, segera bawa ke klinik atau hospital.

Nota: kematian kanak2 dalam kereta bukan kes pertama di Malaysia. Ada yang mendakwa,terlupa,lalai dan tidak kurang yang sengaja mengurung 'untuk seketika'

sapat
Wusak
Wusak

Male
Number of posts : 41
Active Level :
Strok Haba Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Strok Haba Right_bar_bleue


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum