Seteguh Kinabalu. As strong as Mount Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kematian 14 gajah pygmy borneo

Go down

Kematian 14 gajah pygmy borneo Empty Kematian 14 gajah pygmy borneo

Post by madu3 Sun Jun 30, 2013 11:36 am

KOTA KINABALU: Hasil ujian makmal dari Thailand berhubung kematian 14 gajah pygmy Borneo di Hutan Simpan Rara pada awal tahun ini menemui jalan buntu apabila jenis racun toksik yang menjadi punca kematian gajah itu masih tidak dapat dikenal pasti.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS), Datuk Dr. Laurentius Ambu berkata, keputusan ujian terbaru yang diterima itu masih tidak dapat mengesan jenis toksik tersebut disebabkan proses penguraian toksik itu pada bangkai gajah-gajah itu berlaku dengan cepat.

“Juga, kami tidak dapat mengetahui sama ada racun tersebut sengaja diberi oleh manusia ataupun gajah-gajah itu sendiri yang termakan racun berkenaan,” kata Laurentis dalam sidang media, di sini, kelmarin.

Katanya, selain Thailand, sampel najis dan tisu gajah-gajah tersebut turut dihantar ke beberapa pusat penyelidikan di Malaysia dan Australia bagi mendapatkan keputusan yang menyeluruh dan memastikan kesemua kemungkinan yang menjadi punca kematian gajah-gajah ini dapat dikenal pasti.

Ujian makmal dari Australia terhadap sampel gajah berkenaan masih lagi dalam giat dijalankan dan keputusannya akan diumumkan nanti.

“JHLS juga sedang menunggu keputusan ujian mengenai Elephant Endotiliotropic Herpes Virus di mana virus ini belum pernah dikesan di Malaysia tetapi Institut Penyelidikan Haiwan di Ipoh sedang menjalankan analisis dalam mengenal pasti segala kemungkinan, memandangkan pendidikan dijalankan dari segala aspek,” katanya sambil berkata pelbagai ujian penelitian mikrobiologi, parasitologi, toksikologi, bakteriologi, virologi dan aspek-aspek histopatologi telah dibuat sejak Januari lalu.

Katanya, walaupun proses penyiasatan terhadap kematian 14 gajah ini diberi keutamaan oleh JHLS dan Kerajaan Negerinamun terdapat beberapa proses seperti mendapatkan kelulusan mengeksport sampel najis dan tisu gajah berkenaan dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat oleh Kerajaan Thailand dan Australia bagi mengimport semula sampel itu.

Laurentis juga berkata pihaknya bersedia menawarkan RM120,000 kepada sesiapa yang menyalurkan maklumat mengenai punca kematian gajah berkenaan.

Katanya, walau bagaimanapun ganjaran hanya diberikan apabila penyiasatan berjaya diselesaikan dan jika maklumat tersebut terbukti benar oleh pihak polis.

“Pihak kami sentiasa bekerjasama dengan pihak memandangkan siasatan jenayah ke atas kematian gajah itu diketuai oleh mereka (polis),” katanya.

Laurentis mengakui JHLS memerlukan lebih banyak sumber bagi menjalankan pemantauan kawasan-kawasan konflik hidupan liar.

Setakat ini katanya, hampir setengah juta ringgit diperuntukan bagi menampung kos keseluruhan penyiasatan ini dan pihaknya memerlukan lebih banyak dana lagi bagi meneruskan siasatan termasuk menambah sumber tenaga manusia dan peralatan penyiasatan.

Setakat ini pihak JHLS menerima kerjasama dari Badan Bukan Kerajaan (NGOs) seperti Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia, Danau Girang Field Centre (DGFC), Kinabatangan Orang-utan Conservation Programe (HUTAN-KOCP), EcoHealth Alliance, Borneo Conservation Trust, Borneo Rhino Allience dan sebagainya.

Bagi melindungi kira-kira 1,000 gajah pigmy lain yang masih hidup, JHLS kini sedang bekerjasama dengan DGFC dan WWF-Malaysia dalam pemasangan satelit kolar kepada kira-kira 30 gajah bagi mengenal pasti pergerakan haiwan ini dari satu tempat ke tempat yang lain.

Katanya, hal ini bagi membolehkan penubuhan kawasan Koridor Hidupan Liar bagi mengenal pasti laluan alternatif gajah-gajah ini dalam menghadapi perubahan landskap di kawasan Hutan Simpan Rara.
-New Sabah Times
madu3
madu3
Sobul
Sobul

Female
Number of posts : 23
Active Level :
Kematian 14 gajah pygmy borneo Left_bar_bleue0 / 1000 / 100Kematian 14 gajah pygmy borneo Right_bar_bleue


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum