Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

View previous topic View next topic Go down

Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

Post by Admin on Wed Apr 28, 2010 3:49 am

Dimana kah semangat kejiranan dan sikap baik seorang manusia?
KUALA LUMPUR Seorang lelaki mati dibelasah dengan kayu besbol oleh
jirannya sendiri, hanya kerana marah dengan perbuatan lelaki itu yang
menegur perbuatan jirannya yang membuang plastik mengandungi sampah di
hadapan rumahnya di Flat Sri Sentul, Bandar Baru Sentul awal pagi ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
berkata, lelaki yang dikenali sebagai Chung Sin, 51, itu mati di tempat
kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas dihentak dengan kayu
besbol dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi.
Beliau berkata, kejadian itu bermula dengan perbalahan Chung Sin
dengan seorang jirannya yang memuncak sehingga membuatkan jirannya yang
bekerja sebagai pemandu lori itu masuk ke dalam rumah dan mengambil kayu
besbol.
"Chung Sin pada mulanya menegur jirannya yang berusia 51 tahun itu
kerana membuang sampah di hadapan rumahnya, namun suspek terus berang
dan memarahi Chung Sin, katanya kepada pemberita di Dataran Makmal
Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.
"Apabila perbalahan mereka menjadi bertambah panas, suspek
kemudiannya masuk ke dalam rumah untuk mengambil kayu besbol, dan
memukul Chung Sin hingga dia cedera parah, tambahnya.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan seorang suspek
bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di sebuah rumah di sini
bagi membantu siasatan. Bernama


Kita menuntut:

  • semangat setiakawan
  • semangat kejiranan
  • toleransi
  • tolong-menolong
  • perbincangan
  • sifat rendah diri
  • menghormati orang lebih tua
  • 1 Malaysia
Kita menolak:

  • budaya samseng
  • sombong/bongkak
  • pentingkan diri sendiri
  • perkauman

Admin
Admin

Male
Number of posts : 109
Age : 43
Location : Sabah Malaysia
Active Level :
50 / 10050 / 100


http://nature.forummotion.com

Back to top Go down

Re: Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah

Post by lilo on Thu Apr 29, 2010 8:27 pm

ho..ho sampai begitu sekali ye. conform x semangat kejiranan

lilo
Baru Naik
Baru Naik

Female
Number of posts : 10
Active Level :
0 / 1000 / 100


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum