Gegaran / gempa bumi Ranau Sabah

View previous topic View next topic Go down

Gegaran / gempa bumi Ranau Sabah

Post by sapat on Tue Apr 27, 2010 10:23 pm

KUALA LUMPUR, 27 April 2010
(Bernama) -- Gempa bumi lemah berukuran 2.9 pada skala Richter melanda
Ranau, Sabah, pada pukul 2.03 petang.

Kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia di sini menyebut pusat gempa itu
terletak 6.0 darjah utara dan 116.8 darjah timur, kira-kira 8 km dari
tenggara Ranau.

Gegaran lemah dirasai di sekitar kawasan Ranau, kata jabatan itu.

-- BERNAMA

Berita terdahulu

ARKIB : 07/02/2010
Tiada laporan kerosakan akibat gempa bumi di Ranau

07/02/2010 3:27pm

KOTA KINABALU 7 Feb. Tiada laporan kerosakan harta benda atau
aduan daripada penduduk kampung sekitar daerah Ranau, Sabah berhubung
kejadian gempa bumi lemah yang dikesan di daerah itu awal hari ini,
kata Pegawai Daerah Ranau Faimin Kamin.
"Mungkin ia berlaku jauh dari kawasan pekan Ranau, apa pun kita
bersyukur kerana tidak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini,
katanya, ketika dihubungi hari ini.
Daerah Ranau terletak di kaki Gunung Kinabalu iaitu gunung yang
tertinggi di Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pelancong tempatan dan
luar negara.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di Kuala Lumpur
hari ini, satu gempa bumi lemah berukuran 2.6 pada skala Richter
dikesan di kawasan itu.
Gempa itu dikesan berpusat di garisan lintang 6.1 Utara dan garisan
bujur 116.8 Timur iaitu 11km dari timur laut Ranau dan 80km dari Kota
Kinabalu, Sabah pada 2.07 pagi tadi.
Gegaran kecil itu berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau, kata kenyataan tersebut. Bernama


keywords: gempa bumi, gegaran,ranau sabah,gunung kinabalu


Last edited by sapat on Tue Apr 27, 2010 10:28 pm; edited 2 times in total (Reason for editing : removed script)

sapat
Wusak
Wusak

Male
Number of posts : 41
Active Level :
0 / 1000 / 100


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum