Penipuan Kontak Farming Cacing Terbongkar 1

View previous topic View next topic Go down

Penipuan Kontak Farming Cacing Terbongkar 1

Post by alice on Thu Jan 14, 2010 4:12 am



BEBERAPA pelabur berlegar di depan kilang Kulim Worm Agrotech (KWA) di Kulim, semalam.


KULIM:
Terpedaya dengan pulangan sekali ganda dalam 12 bulan melalui skim
pelaburan penternakan cacing, kira-kira 3,000 pelabur mendakwa
mengalami kerugian RM30 juta apabila penganjurnya menutup operasi dan
menghilangkan diri sejak Khamis lalu.


Malah, pejabat penganjur skim itu di Jalan Kilang Lama di
sini, dikatakan disita pemilik bangunan awal Disember lalu kerana tidak
melunas sewa hampir RM10,000.

Difahamkan, lebih 200 laporan polis dibuat oleh pelabur
setakat ini. Laporan juga dibuat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM).
Ketua Polis Daerah Kulim,
Superintendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima
laporan daripada pelabur skim terbabit dan kes itu sedang disiasat.


Syarikat itu yang ditubuhkan pada 2008 dikatakan menggunakan
Green Millenium Agrotech (M) Sdn Bhd, yang bertindak sebagai penternak
cacing bagi pelabur. Bagaimanapun, syarikat induk itu dikatakan
memungut wang pelaburan tanpa pengetahuan Green Millenium.


Pengarah Green Millenium, Mohd Faizal Mohd Noor, berkata
pihaknya turut membuat laporan polis kerana nama syarikatnya digunakan
sejak Julai lalu untuk urusan memungut pelaburan.

Dipetik: Berita Harian

alice
Admin

Female
Number of posts : 62
Active Level :
50 / 10050 / 100


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum