Penipuan Penternakan Cacing 2

View previous topic View next topic Go down

Penipuan Penternakan Cacing 2

Post by alice on Thu Jan 14, 2010 4:08 am

KULIM 13 Jan. - Polis menahan empat lelaki bagi
membantu siasatan berhubung sindiket penipuan skim ternakan cacing yang
merugikan lebih 3,000 pelabur dengan nilai hampir RM25 juta di sini
semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Supritendan Rossnee
Abdul Hamid berkata, suspek yang berusia antara 30 hingga 47 tahun itu
ditahan di Jitra dan beberapa lokasi berasingan sekitar daerah ini
dalam satu operasi khas yang dijalankan semalam.

Katanya, semua suspek yang ditahan, dipercayai bertindak sebagai
broker atau orang tengah dalam urusan penipuan dan mengumpul deposit
secara haram berkenaan.

"Kesemua suspek tersebut dikatakan menjadi orang tengah yang memperdayakan mangsa-mangsa untuk melabur.
"Sehingga hari ini, polis menerima sebanyak 176 laporan daripada
mangsa di seluruh negara berhubung kejadian tersebut. Kebanyakan
laporan polis diterima adalah dari daerah Kulim,
Sungai Petani, Pendang, Alor Setar dan Dang Wangi di Kuala Lumpur.
"Jumlah kerugian yang dilaporkan setakat ini adalah sebanyak RM1.8 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, lebih 3,00 pelabur skim ternakan cacing
mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat sebuah syarikat di Kilang
Lama, dekat sini mendakwa mengalami kerugian selepas pengusaha skim itu
melarikan diri bersama wang pelaburan mereka.
Pelabur tersebut mendakwa, mereka mengalami kerugian melebihi RM25
juta setelah terpedaya dengan penganjur skim yang menjanjikan pulangan
istimewa melalui ternakan cacing di tujuh cawangan pejabat syarikat
Kulim Worms Agrotech Sdn. Bhd.

Menurut Rossnee, polis kini turut mengesan pasangan suami isteri,
dipercayai merupakan salah seorang daripada tiga pengarah bagi membantu
siasatan.
Katanya, mereka ialah Abdul Razak Ahmad, memegang kad pengenalan
bernombor 640812-10-7483 dan Fatimah Ismail, kad pengenalan bernombor
680923-02-5604.
Alamat terakhir pasangan itu ialah di Nombor 839, Jalan Bahagia, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta
menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)
Kulim, Asisten Supritendan Rawi Abdul Ghani di talian 04-4096222 atau
Inspektor Tarmidzi Zain (013-4426314) bagi membantu siasatan.
dipetik: utusan malaysia.

alice
Admin

Female
Number of posts : 62
Active Level :
50 / 10050 / 100


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum