Tragedi berterusan di Indonesia

View previous topic View next topic Go down

Tragedi berterusan di Indonesia

Post by Admin on Sun Oct 18, 2009 10:47 pm

Kisah purba berlaku hari ini.

suatu ketika dahulu nenek saya bercerita, ada satu rumah yg ditelan bumi gara-gara mempermainkan binatang seperti kuching (menari dan diketawakan).

hanya seorang yg terselamat dimana dia tidak turut serta dalam 'pesta' tersebut.

orang yang terselamat itu melihat seseorang yang berkepala seperti kon(tajam keatas). makhluk misteri itu memberi amaran kepada orang yg terselamat itu supaya segera keluar dari rumah kerana sebentar lagi ia akan masuk ke perut bumi tanpa disedari oleh orang lain.

itu adalah kisah zaman nenek moyang kita(mitos). Mungkinkah ia ada berkaitan dengan apa yang sedang berlaku ketika ini, bukan hanya di Indonesia tetapi dinegara lain juga.

walaubagaimanapun tragedi di sumatera baru-baru ini dipercayai angkara gempa bumi seperti yg dilaporkan oleh media.

mstar-400 orang hilang ditelan bumi ketika gempa bumi di Padang

bernama-400 Orang Hilang Ditelan Bumi Pada Kenduri Ketika Gempa Di Padang

"Akan terjadi pada umatku kelak pengubahan bentuk mereka dan pembenaman tempat tinggal mereka (tertimbus atau ditelan bumi). Mereka bertanya, wahai Rasulullah bilakah itu akan terjadi? Baginda menjawab: Apabila alat-alat muzik dan para penyanyi telah menguasai masyarakat dan banyak orang yang minum minuman yang memabukkan" (H/R At-Tirmizi)

"Pada umat ini akan terjadi tanah lungsur, perubahan bentuk muka dan rusuhan. Maka seorang dari kaum muslimin bertanya: Wahai Rasulullah bilakah terjadinya hal itu? Baginda menjawab: Apabila di sana-sini telah ramai para penyanyi, alat-alat muzik dan khamar menjadi minuman" (H/R Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani, lihat: sahih al-Jami as-Saghir)

"Pada suatu masa akan ada kaum yang akan dirubah bentuk mereka, sementara mereka masih berada di atas tempat rehat mereka, mereka menjadi kera dan babi kerana mereka minum minuman keras dan memainkan seruling dan mendatangkan penyanyi" (H/R Ibnu Abi Dunya, Ibnu Abi Asakir dan Tarikh Dimasyq)

"Akan terjadi di akhir zaman pada umatku fitnah, pembenaman dan merubah bentuk. Para sahabat bertanya: Mengapa terjadi demikian wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Kerana mereka mengundang penyanyi dan minum minuman yang memabukkan (arak)" (Hadis dikeluarkan oleh Ibn Asakir, At-Tabrani)




renung-renungka lah

Admin
Admin

Male
Number of posts : 109
Age : 43
Location : Sabah Malaysia
Active Level :
50 / 10050 / 100


http://nature.forummotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum