Seteguh Kinabalu. As strong as Mount Kinabalu
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pusat Penyeledikan Gaharu

Go down

Pusat Penyeledikan Gaharu Empty Pusat Penyeledikan Gaharu

Post by modtolop Sun Aug 09, 2009 7:30 pm

KUALA LUMPUR 9 Ogos - Persatuan Gaharu Malaysia (PGM) berhasrat
untuk menubuhkan Institut Penyelidikan Gaharu tempatan agar usaha dapat
digiatkan bagi menyelidik dan mengembangkan industri gaharu di negara
ini.
Pesidennya, Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail berkata,
institut itu perlu kerana industri gaharu mempunyai potensi untuk
berkembang pesat dan menjadi salah satu kegiatan yang mampu menjana
ekonomi negara.
''Institut itu dicadangkan dibina di Perlis kerana berhampiran
dengan kawasan penanaman pokok gaharu yang luas seperti Thailand, Laos
dan Kemboja.
''Kami akan berbincang dengan negara-negara luar sebelum memulakan proses menubuhkan institut tersebut,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Selain itu, Syed Razlan berkata, penubuhan PGM juga bertujuan
menjaga kepentingan para pengusaha pokok gaharu dan memberi tunjuk ajar
kepada mereka.
''Penanaman gaharu boleh membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan
jurang kemiskinan luar bandar secara menggalakkan penanaman gaharu di
tanah-tanah terbiar atau tanah persendirian berkeluasan kecil.
''Pokok gaharu mampu memberi pulangan yang tinggi, tidak memerlukan
penjagaan rapi dan mencegah kepupusan spesies gaharu di hutan,''
jelasnya.
Syed Razlan berkata, melalui PGM, ahli-ahlinya dipastikan mendapat
perlindungan daripada segi penjualan hasil gaharu selain pensijilan
diberikan untuk memudahkan urus niaga dilaksanakan.
''PGM juga prihatin dengan pemuliharaan alam sekitar dan sumber
asli. Dan kami menentang sebarang kegiatan mencuri hasil gaharu dan
kami berusaha untuk melindungi ahli-ahli.
''PGM juga akan memastikan industri gaharu diuruskan secara
sistematik, dibangunkan secara ladang dan faedahnya dinikmati dan
diwarisi oleh generasi akan datang,'' katanya.
Syed Razlan menambah, baru-baru ini PGM telah mengadakan perjumpaan
dengan Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) untuk menjalankan
sebarang kerjasama antara kedua-dua pihak.
Perjumpaan itu menyaksikan komitmen Nuklear Malaysia untuk memberi
tunjuk ajar berdasarkan kemahiran dan kepakaran melalui program
penyelidikan dan pembangunan gaharu yang dilaksanakan sejak 2005.
sumber:Utusan Online

modtolop
Baru Naik
Baru Naik

Female
Number of posts : 11
Active Level :
Pusat Penyeledikan Gaharu Left_bar_bleue20 / 10020 / 100Pusat Penyeledikan Gaharu Right_bar_bleue


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum