Kayu Gaharu

Post new topic   Reply to topic

View previous topic View next topic Go down

Kayu Gaharu

Post by Admin on Fri Jan 02, 2009 3:36 am

Kayu Gaharu sebagai pokok Komersil

kebelakangan ini cerita pokok kayu gaharu semakin meniti dari bibir ke bibir hampir di setiap daerah di sabah. walaupun hangat diperkatakan tetapi saya berpendapat bahawa ia masih lagi 'underground'.

selepas membuat sedikit penyelidikan melalui internet nampaknya kayu gaharu ini sangat tinggi harga pasarannya. mengikut anggaran tidak rasmi daripada salah seorang pencari gaharu, spesis yang dilabel sebagai super AA berharga RM35,000.00 sekilogram! (bukan suntikan). saya pada mulanya tidak percaya tetapi itulah hakikat sebenar mengenai harga gaharu ini.

nampaknya negara thai dan indonesia mendahului kita dalam perusahaan gaharu ini. Di sabah, 'industri' bermula pada tahun 2006 sahaja.

Sudah ada usaha-usaha yang dijalakan seperti penyelidikan di Universiti Malaysia Sabah(UMS) mengenai penanaman dan juga penjualan bibit.
saya juga mendapat tahu bahawa terdapat syarikat yang menawarkan penjualan bibit yang berpusat di menggatal sabah.

Saya sempat lepak dengan pencari gaharu ini dan daripada cerita mereka gaharu ini sangat berpotensi sehinggakan ada beberapa menteri yang mengusahakannya (menanam pokok gaharu) sebagai persediaan bersara, tidak kurang juga orang kampung yang menanam secara kecil-kecilan setelah mengalami kejatuhan harga getah. difahamkan bahawa ia mula berhasil setelah berumur 6 tahun keatas.

sehingga bertemu lagi, akan bersambung...

Admin
Admin

Male
Number of posts: 72
Age: 36
Location: Sabah Malaysia
Active Level:
50 / 10050 / 100


http://nature.forummotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:
You cannot reply to topics in this forum